Friday, 1 July 2011

Selamat datang julai..selamat tinggal jun..

Hari ini sudah masuk ke permulaan bulan yang baru...Bulan Julai telah datang dan bulan Jun telah pergi..sudah separuh tahun telah pergi..sungguh cepat berlalu masa itu...pelbagai peristiwa telah berlaku...pelbagai cabaran dan dugaan kita lalui...
kata pujangga ada berkata:


"Kemarin adalah kenangan, Hari ini adalah Perjuangan, Esok bukan satu Kepastian"


kata pujangga ini mengandungi sejuta pengertian yang mesti kita rungkai sebagai manusia...pelbagai isi tersurat dan tersirat dalam fhasa ini. Sebagai manusia yang lemah di muka bumi tuhan ini...kita mestilah inginkan kesempurnaan dalam perjuangan hidup kita...kita inginkan sesuatu yang kita lakukan terbaik..kita mesti mahukan sesuatu yang berharga dalam hidup.


"Kelmarin adalah kenangan"
Fhasa ini sangat berharga untuk kita fahami dan hayati. Sesuatu yang berlalu biasanya menjadi satu pengajaran yang berharga bagi kita.Suka,duka, sedih atau gembira semuanya menjadi satu pelajaran yang berharga untuk kita.Orang selalu berkata, belajar dari pengalaman dan ini adalah satu perkara yang tersirat dalam fhasa ini.

"Hari ini adalah perjuangan"
Fhasa ini juga banyak mengandungi satu pembelajaran. Hari ini kita lalui memang menjadi satu perjuangan bagi kita. Kita mesti melalui hari ini dengan terbaik untuk mendapatkan sesuatu yang terbaik.Jadi hari ini kita lalui kita mestilah berjuang dan terus berjuang. Sekiranya kita gagal pada hari ini kita kembali bangun dan berjuang semula.

"Esok bukan satu Kepastian"
Apa yang kita lalui hari ini kita mesti jalani dengan terbaik. Hal ini kerana, hari ini berlalu dan esok akan datang. Hari ini mungkin baik untuk kita tapi mungkin esok malang pula bagi kita. Semua itu telah tertulis dalam takdir hidup kita. Jadi apa yang ada hari ini kita buat yang terbaik supaya kita berpuas hati walau esok bukan milik kita. Kita tidak tahu takdir hidup kita.


Akhir sekali, jika kita tersesat di hujung jalan kembalilah ke pangkal jalan. Jangan malu untuk bertanya...jika sesuatu berlaku kembali pada asasnya...BACK TO THE BASIC...REMEMBER OUR ROOT


SELAMAT BERJUANG....UNTUK DIRI...KELUARGA...AGAMA...DAN NEGARA...


 "Kemarin adalah kenangan, Hari ini adalah Perjuangan, Esok bukan satu Kepastian"


*Flying Without Wing*

02.07.2011
00:57 am
Home Sweet Home
Selamat Berjunag

No comments:

Post a Comment