Ciptaan Tuhan Itu Indah, Wanita Terbit Darpada Rusuk Lelaki,Bukan Dekat Kepala Untuk Dijunjungi,Bukan Dekat Bahu Untuk Membebani,Bukan Dekat Lengan Untuk Dijulangi,Bukan Dekat Jari Untuk Disakiti, Bukan Dekat Pinggul Untuk Dihenyaki, Bukan Dekat Lutut Untuk Ditindihi, Bukan Dekat Kaki Untuk Ditunggangi,Tetapi Dekat Pelusuk Hati, Untuk Dimulia,Disayangi Dan Dicintai. Andai Lelaki Itu Burung Yang Terbang, Wanita Adalah Angin Lembut Yang Bersisir-Sisiran Sepanjang Perjalanannya
Kasih Mereka Telah Berkekalan Selamanya. Hanya Ajal telah memisahkan Mereka.
RASULULLAH saw bersabda, yang bermaksud: "Seorang isteri yang bermuka muram di hadapan suaminya, maka ia dalam kemurkaan Allah hingga ia dapat membuat suasana yang riang gembira kepada suaminya dan memohon kerelaannya."
Begitulah besarnya harga senyuman seorang isteri kepada suaminya kerana senyuman akan mencetuskan suasana kegembiraan yang sebenarnya dikehendaki suami ketika pulang dalam keletihan.
Muka yang masam bukan saja akan menimbulkan kemarahan suami, malahan menyebabkan Allah turut murka dan kemurkaan Allah itu berkekalan hingga isteri berjaya mengembalikan suasana gembira serta memohon keampunan daripada suami.
Sesungguhnya keredaan Allah terletak pada keredaan suami. Justeru, apabila suami pulang segeralah bukakan pintu, persilakan masuk dengan penuh hormat dan ciumlah tangan suami sebagai tanda hormat serta meminta maaf,walaupun isteri merasakan tidak berbuat sebarang kesalahan pada hari itu.
Sebuah hadis ada menyebut bahawa apabila seorang suami bersalaman dengan isterinya, maka gugurlah segala dosa dari celah-celah jari mereka berdua.
Andai mempunyai anak-anak, ajarlah mereka itu untuk selalu bersalaman dengan ayahnya kerana kelaziman akan memupuk rasa kasih dan hormat anak-anak kepada orang tua.
Kebahagiaan rumahtangga terletak pada akhlak dan budi pekerti isteri. Biarpun seorang isteri itu tidak cantik tapi jika cukup sempurna layanannya terhadap suami dan berakhlak pula, tentu ia akan menjadi penghibur dalam rumahtangga.
Oleh itu wahai isteri, hendaklah berlumba-lumba untuk menjadi seorang isteri yang solehah, yang bertakwa, berakhlak mulia dan taat kepada suami.
Rasulullah bersabda, yang bermaksud: "Sungguh-sungguh memintakan ampun untuk seorang isteri yang berbakti kepada suaminya, iaitu burung- burung di udara, ikan-ikan di air dan malaikat di langit selama dia sentiasa dalam kerelaan suaminya."
Jika seorang isteri mengharap cintanya berbalas, maka banyakkan mencari keredhaan Allah melalui keredhaan suami.
Moga Kami Berkekalan selama-lamanya. Biar ajal memisahkan kami. ADITET SELAMANYA
Bila mendengar lagu ini membuatkan air mata hampir terjatuh. Hati bagai nak bersuara ingin berkata betapa rindunya pada ayah. Ayah adalah seorang yang paling teristimewa dalam hidup semua orang yang bergelar anak.Ayah berusaha dengan gigih tanpa mengenang penat lelah mencari rezeki yang halal buat anak-anaknya. Ayah adah orang yang paling saya kagumi dalam hidup saya.
26 tahun hidupku bersama insan yang bergelar ayah. Pelbagai perkara yang kulalui bersama ayah dalam mengharungi hidup. Pertama sekali, aku lahir kedunia ini sebagai anak bongsu kepada 5 orang adik beradik. Dalam lima beradik ini hanya dua orang lelaki iaitu anak ke 4 dan aku sendiri.
Kehidupanku sebagai anak bongsu memberikan lebih masa dan ruang untukku bersama ayah selalu. Ke mana saja arah tuju ayah mesti bersama saya. Anak manja katakan. Banyak perkara yang mengingatkan saya pada ayah. Pelbaga cerita dan nasihat yang di dengar dan dikatakan oleh ayah. Dengan kata lain, sayalah anak ayah yang banyak bersama ayah sepanjang hidup ayah.
Gambar Semasa melawat Pulau Labuan
Pelbagai cerita ayah ceritakan pada kami anak-anaknya. Antara cerita yang paling tidak saya lupakan adalah cerita berkaitan perjuangan beliau pada zaman pemerintahan Jepun pada tahun 1942. Pelbagai penderitaan yang mereka lalui termasuklah kesukaran untuk mendapatkan bekalan makanan untuk keluarga. Paling saya kagumi yang sering dikatakan oleh ayah pada kami dan cucunya ialah bagaimana beliau telah berjaya melepaskan diri dari menjadi tahanan tentera Jepun dengan mengiggit tangan tentera Jepun itu. Segala yang diceritakan oleh ayah membuatkan saya sangat-sangat kagum pada ayah.
Selain itu, ayah juga sering bercerita tentang kehidupan sengsara yang dilalui semasa selepas kekalahan Jepun. Kesukaran untuk mendapatkan bekalan gula dan susu buat membesarkan anak-anak. Ayah terpaksa berjalan berbatu-batu untuk membeli gula dan susu menggunakan kerbau tanpa boleh menggunakan jalan raya hanya boleh berjalah di tepi jalan raya. Hal ini kerana, pada masa itu hanya orang kenamaan sahaja yang boleh menggunakan jalan raya yang ada. Sekiranya didapati menggunakan jalan raya akan di saman atau denda penjara. Walaupun pada masa itu saya belum dilahirkan tetapi saya memahami bahawa betapa sukarnya untuk menjalani hidup pada masa itu. Hanya ketabahan dan kesabaran yang mampu untuk mengatasi segalanya.
Ayah
Pelbagai lagi cerita yang ayah ceritakan tentang hidup yang dilalui. Bermula dari cerita semasa remaja sebelum kahwin hinggalah ke kehidupan berkeluarga, bercerai dengan isteri kemudian bersama semula kemudian isteri meninggal sehinggakan berkahwin pula dengan ibu. Terlalu banyak sangat perkara yang dilalui dalam hidup.
King And Queen In My Heart
Setelah berkahwin dengan ibu, ayah dan ibu memulakan jalan kehidupan yang baru dengan berpindah ke Kampung yang belum ramai orang yang mendudukinya. Bermulalah perjuangan ayah dalam meneruskan kehidupan bersama isteri tersayang. Bermula dengan melakukan pelbagai aktiviti pertanian dan pelbagai kerja kampong untuk mencari sesuap nasi buat keluarga di rumah. Pelbagai rintangan dan dugaan bagi menempuhi kehidupan yang mencabar.
Masih ku ingat kata-kata ayah.
“Dalam menbesarkan anak-anak dan mencari sesuap nasi untuk kami sekeluarga pelbagai perkara yang dilalui. Hanya mati saja yang tak pernah dilalui. Pengsan pun pernah bermula dari jam 10 pagi sedar lagi jam 4 petang kerana terjatuh dari kerbau dari mencari rezeki di hutan.”
Inilah Hasil Usaha Ayah Membesarkan Saya. Segulung Ijazah Buat Ayah
Ayah juga ada berkata.
“Dalam mencari rezeki anak-anak, semua rezeki yang diberikan pada anak-anak semua halal. Tak pernah mencuri untuk mendapatkan rezeki”
Pelbagai kisah dan kenangan terindah bersama ayah telah dilalui. Terima Kasih buat Isteriku yang tersayang kerana menyanyangi ayah dan bersama menjaga ayah semasa ayah sakit. Hanya tuhan saja yang dapat membalas segala pengorbanan semasa bersama menjaga ayah.
Raya Bersama Ayah
Gambar Raya Bersama Ayah
Ayah Dan ibu
Gambar Raya Terakhir Bersama Ayah
Tahun 2009 ayah telah pergi menghadap ilahi. Sesungguhnya saya amat bangga menjadi anak ayah yang bongsu. Bersama doa kuiringkan buat ayah semoga berada bersama-sama orang-orang yang beriman. Segala kenangan bersama ayah akan tetap menjadi kenangan yang terindah dalam hidup saya. Terima kasih pada ayah kerana membesarkan saya. Sesungguhnya ayah adalah ayang yang terbaik. Sehingga kini saya amat merindui ayah.Buat Ayah hanya tuhan saja dapat membalas segala pengorbananmu membesarkan kami. Terima Kasih ayah
Hari ini sudah masuk ke permulaan bulan yang baru...Bulan Julai telah datang dan bulan Jun telah pergi..sudah separuh tahun telah pergi..sungguh cepat berlalu masa itu...pelbagai peristiwa telah berlaku...pelbagai cabaran dan dugaan kita lalui... kata pujangga ada berkata:
"Kemarin adalah kenangan, Hari ini adalah Perjuangan, Esok bukan satu Kepastian"
kata pujangga ini mengandungi sejuta pengertian yang mesti kita rungkai sebagai manusia...pelbagai isi tersurat dan tersirat dalam fhasa ini. Sebagai manusia yang lemah di muka bumi tuhan ini...kita mestilah inginkan kesempurnaan dalam perjuangan hidup kita...kita inginkan sesuatu yang kita lakukan terbaik..kita mesti mahukan sesuatu yang berharga dalam hidup.
"Kelmarin adalah kenangan"
Fhasa ini sangat berharga untuk kita fahami dan hayati. Sesuatu yang berlalu biasanya menjadi satu pengajaran yang berharga bagi kita.Suka,duka, sedih atau gembira semuanya menjadi satu pelajaran yang berharga untuk kita.Orang selalu berkata, belajar dari pengalaman dan ini adalah satu perkara yang tersirat dalam fhasa ini.
"Hari ini adalah perjuangan"
Fhasa ini juga banyak mengandungi satu pembelajaran. Hari ini kita lalui memang menjadi satu perjuangan bagi kita. Kita mesti melalui hari ini dengan terbaik untuk mendapatkan sesuatu yang terbaik.Jadi hari ini kita lalui kita mestilah berjuang dan terus berjuang. Sekiranya kita gagal pada hari ini kita kembali bangun dan berjuang semula.
"Esok bukan satu Kepastian"
Apa yang kita lalui hari ini kita mesti jalani dengan terbaik. Hal ini kerana, hari ini berlalu dan esok akan datang. Hari ini mungkin baik untuk kita tapi mungkin esok malang pula bagi kita. Semua itu telah tertulis dalam takdir hidup kita. Jadi apa yang ada hari ini kita buat yang terbaik supaya kita berpuas hati walau esok bukan milik kita. Kita tidak tahu takdir hidup kita.
Akhir sekali, jika kita tersesat di hujung jalan kembalilah ke pangkal jalan. Jangan malu untuk bertanya...jika sesuatu berlaku kembali pada asasnya...BACK TO THE BASIC...REMEMBER OUR ROOT