Thursday, 2 June 2011

Tiga Kekuatan dalam diri Manusia

Maka pada diri manusia itu terdapat tiga kekuatan iaitu kekuatan akal, kekuatan marah, dan kekuatan syahwat...



  • Kekuatan Akal


Membawa orang itu pada hakikat sebenar, menjauhkan daripada yang batil, tunduk pada hukum,   menerima perintah dan menjauhi larangan. nampak olehnya yang baik lalu diikutinya dan kelihatan olehnya yang buruk lalu dijauhinya.

  • Kekuatan Marah
Memberikan kita kekuatan menagkis dan bertahan, mengajak mencapai kejayaan, kekuasaan dan kemenangan serta kadang-kadang menyuruh kita bangga, sombong dan takbur.

  • Kekuatan Nafsu Syahwat

Mengajak kita melepaskan kehendak hati, mencapai kelazatan, menyuruh lalai, menyuruh lengah sehingga lupa memikirkan akibatnya.




Bersama kita menggunakan semua kekuatan yang ada pada diri kita. Bahawasanya perasaan nafsu syahwat ,kemarahan laksana kuda yang sedang berlari kencang dan akallah yang menentukan arah tuju  kuda yang berlari itu. Bersama kita membacanya...


Petikan dari  buku
Falsafah Hidup dikarang oleh Hamka


03.06.2011
00:05
Home Sweet Home

1 comment: