Kau mampu patahkan sayapku
Kau mampu tambatkan kedua kakiku
Tapi kau tak akan dapat
Mematahkan semangatku untuk hidup
Lampu neon di gedung indah
Hanya pemikat mata yang tergoda
Tapi aku kan tetap berjalan
Menuju tujuanku di sana
Berdendang anak jalanan
Berdendang dengan rentak kehidupan
Ku mohon perlindunganMu yang Esa
Aku dan mereka sama
Punya hati dan punya cita-cita
Kota ini tempat ku belajar erti hidup
Ku tinggalkan kampung halaman
Ku tinggalkan semua yang ku sayang
Demi masa depan yang cemerlang
Semoga ku diberi pedoman
Ketika balik dari makan tengah hari bersama isteri tersayang, tiba-tiba lagu Impaian anak Jalanan ini berkumandang di radio keretaku Saga Se. Ini tela mengingatkan kepada semua kenangan semasa belajar di S.M. Teknik Likas pada tahun 1999-2000. Segala kenangan menjelma semula terutamanya mengingatkan kenangan bersama kengkawan di asrama teknik Teknik Likas Kota Kinabalu. Selain itu, teringat juga telatah kengkawan terutamanya kelas 4 Iswara dan 5 Binaan Bangunan. Lagu ini pernah menjadi siulan kengkawan terutamanya Rahman Rosman, Basrin, Hafizan. Banyak kengkawan masih di ingati terutamanya Levennia, Dayang, basrin, Faizal, Rina, Amizan, Ryno, Kecik,Fadzil, Aqrie, Khairul, dan banyak lagi. Di Manakah kamu semua terutamanya Hafizan, Ryno, Aqrie...Lama tak jumpa...FB pun tiada....Sesiapa ada Fb Dia orang Sharelah pada kita...
Kelas 4 Iswara tahun 1999
Buat semua kengkawan di S.M Teknik Likas Selamat maju jaya dalam semua bidang yang diceburi. Segala kenangan bersama kengkawan masih lagi terpahat dalam minda dan fikiranku.....Sesungguhnya S.M. Teknik Likas Sweet Memori dalam hidup.
Home Sweet Home
08:29 am
23.June 2011
No comments:
Post a Comment