Saturday, 25 June 2011

Selamat Hari Lahir Sayang

Kutitipkan khas buat isteriku yang tersayang. 
Kaulah segalanya untukku
Kau kawanku
Kau sahabatku
Kau permaisuri Hatiku
kau Puteri Hatiku
Kau Isteriku
Kasih Sayang Bermaksud "Mencintaimu Selamanya"
Kasih Sayang Bermaksud "Segalanya Untukmu"
Kasih Sayang Bermaksud "Kebahagian Abadi"
Kasih Sayang Bermaksud
"ADITET"

Hari ini 26 Jun 2011 genaplah umurmu 26 tahun. 26 Tahun telah berlalu kehidupan kamu lalui dengan liku-liku dan ranjau yang ditempuhi.Sayang tiada kata seindah bahasa yang mampu ku katakan melainkan SELAMAT HARI LAHIR SAYANG dan bersama puisi ini kutitipkan sempena hari lahirmu.
Kita Bertemu KeranaNya...Biar kita berpisah pun keranaNya

Sayang
Aku kenalimu pada satu ketika
ketika hidupku dilanda kesepian
Ketika hatiku sedih dan pilu
Menjadi mangsa permainan duniawi
Sayang
Saat aku bertemu denganmu
Jiwaku kosong seperti tidak bererti
Perjalanan hidupku sepi
Mencari erti sebuah perjalanan hidup yang bererti
Sayang
Eangkau hadir saat aku memerlukan
Memerlukan satu semangat dan lilin 
semangat untuk berjuang
Lilin dalam kegelapan
Sayang
Setelah kau hadir
kau menjadi semangatku
Kau menjadi lilin hidupku
Memberikan hidup yang aku lalui penuh pengertian.
Sayang
Banyak perkara kita lalui
Bermula dengan kepayahan, kesusahan dan kesedihan
Banyak ranjau kita tempuhi
Banyak halangan kita atasi
Sayang
Mengharungi Kepayahan itu indah
Menikmati kesenangan itu bahagia
Merasai kesakitan kita bersama
Mengharunginya kita tabah
Sayang 
Engkaulah segalanya dalam hidupku
Tanpa melupakan cintaku pada yang Esa
Tiada penganti tempatmu dihatiku
Engkau Semangatku, engkau nadiku, kau permaisuri hidupku
Sayang
atas nama ikatan yang suci
atas nama sebuah hubungan
semoga kita terus diberkati
melaluiNya kita bersama
Sayang,
Andai diberi bintang beribu
Andai dihadiahkan intan dan permata
Aku hanya memilih dirimu
tiada dua, tiga dan empat
hanya dirimu seorang dalam hatiku

Sayang
Akhir sekali
Aku berdoa semoga Allah memberkati pertemuan kita ini
Semoga Allah menjaga hati kita supaya tidak berubah
Semoga Allah memanjangkan usia kita
Semoga Allah menjaga rumahtangga kita
Semoga Allah mentakdirkan kita bersama selama-lamanya


Seribu satu kenangan bersamamu
ADITET
Time Konvo 2006

Akhirnya ku Temukan Your My Guardian Angel Ku Mohon selamanya Seindah ini
Your My Guardian Angel I Love You


Akhir kata buat isteriku yang ku cintai dan sayangi, SELAMAT HARI LAHIR yang ke 26 semoga tahun ini akan terus memberikan kita seribu makna dengan kehadiran anak kita yang bakal. Semoga kasih sayang antara kitta semakin bertambah. Di usia baru ini, semoga kita berbahagia selamanya.
Selagi jasad ini bernafas selagi itu cinta hubby pada sayang akan bersama, walaupun tiada harta yang berjuta untuk hubby hadiahkan pada sayang tetapi hanya dirimu dalam hati ini sebagai isteri yang pertama dan terakhir itu pasti.



Wednesday, 22 June 2011

Tragedi Buah Epal

Kau merah sangatlah mengghairahkan
Dan kadang hijaumu lugu
Padamu telah tercipta
Denyut getaran hidup
Seirama dalam dunia

Dalam dunia

Kau menggoda setiap insan
Yang menatapmu berbeban harap
Anggunmu dan sombong
Congkaku seketika
Melupakan kodrat kehidupan
Oh duniawi

Mungkin kau belum merasa gelisah
Dan terlepas dari rasa ragu
Namun dirimu itu tersimpan jua
Seribu tanya seribu sapa

Dan saatnya kini kau pun pasrah
Di sisi kilau sebilah belati
Tak berdaya lupakan dirimu
Hanya tuk sekadar pelepas dahaga

Oh tragedi
Oh sungguh pilu
Kesemuan yang membius diri



Wanita Dan Sebiji Epal

Indah sungguh cuaca pagi itu.Angin bertiup tenang.Sinaran mentari lembut menerangi alam.Tapi sayang, itu semua tidak dapat memadam kegundahan hati sebiji epal yang berada nun di pucuk.Sejak seminggu lalu epal itu asyik berfikir, kenapa aku tidak dipetik orang? Kulitku licin mulus. Warnaku merah bersinar. Sesiapa yang melihat pasti terbakar seleranya. Pasti mereka terbayang betapa manisnya rasaku.Tapi kenapa aku tidak dipetik orang?

Epal tersebut memandang ke bawah.Hairan, kenapa manusia memilih kawan-kawannya yang berada di bawah sana.Bukankah mereka tidak mendapat angin paling bersih dan cahaya paling murni seperti aku yang berada di puncak paling murni ini? Bukankah rakan-rakanku itu ada yang sudah buruk dirosakkan seranggga?

Epal tersebut bingung memikirkan kenapa rakan-rakannya yang telah pun disentuh dan dibelek-belek menjadi pilihan, bukan dirinya yang belum tercemar dan dicuit orang.Apa kurang dirinya ini? Perasaan rendah diri mula bertandang. Makin lama makin menebal, diselangi rasa kecewa dan bimbang Murungnya tidak terganggu lagi. Lalu, pada pagi yang damai dan indah itu, epal tersebut menggugurkan dirinya ke tanah.Apabila sudah berada dibawah,hatinya gembira bukan kepalang. Sedetik lagi aku akan dipilih manusia.Warna merahku yang berkilau dan kulitku yang licin mulus ini pasti mencairkan liur mereka.

Epal menanti manusia bertuah itu.Malangnya sampai ke malam, tiada seorang pun datang mengambilnya.Buahan-buahan yang tergantung mudah dicapai tangan juga menjadi pilihan orang.Yang sudah dibelek-belek, dicuit-cuit dan disentuh-sentuh juga menjadi buruan.Rasa gembira bertukar menjadi risau.Daripada risau menjadi sedih.
Siang berganti malam, hari berganti minggu.Kasihan..akhirnya epal tersebut busuk ditanah menjadi habuan ulat dan serangga perosak….

Wanita itu ibarat epal. Buah yang tidak berkualiti amat mudah dipetik.Ia beguguran di tanah.Tapi epal yang tidak mampu dibeli, berada dipuncak.Susah dipetik susah digapai.Mahkota seorang gadis adalah sifat malu.Apabila hilang sifat malu,hancurlah maruahnya.Mereka sanggup jatuhkan martabat tingginya supaya dijamah orang lain.

WAHAI SEMUA WANITA..KAMU ADA HIASAN DUNIA..SEINDAH HIASAN ADALAH WANITA SOLEHAH..
Home Sweet Home 
09:21 am
23 june 2011

Impian Anak Jalanan


Kau mampu patahkan sayapku
Kau mampu tambatkan kedua kakiku
Tapi kau tak akan dapat
Mematahkan semangatku untuk hidup

Lampu neon di gedung indah
Hanya pemikat mata yang tergoda
Tapi aku kan tetap berjalan
Menuju tujuanku di sana

Berdendang anak jalanan
Berdendang dengan rentak kehidupan
Ku mohon perlindunganMu yang Esa

Aku dan mereka sama
Punya hati dan punya cita-cita
Kota ini tempat ku belajar erti hidup

Ku tinggalkan kampung halaman
Ku tinggalkan semua yang ku sayang
Demi masa depan yang cemerlang
Semoga ku diberi pedoman

Ketika balik dari makan tengah hari bersama isteri tersayang, tiba-tiba lagu Impaian anak Jalanan ini berkumandang di radio keretaku Saga Se. Ini tela mengingatkan kepada semua kenangan semasa belajar di S.M. Teknik Likas pada tahun 1999-2000. Segala kenangan menjelma semula terutamanya mengingatkan kenangan bersama kengkawan di asrama teknik Teknik Likas Kota Kinabalu. Selain itu, teringat juga telatah kengkawan terutamanya kelas 4 Iswara dan 5 Binaan Bangunan. Lagu ini pernah menjadi siulan kengkawan terutamanya Rahman Rosman, Basrin, Hafizan.  Banyak kengkawan masih di ingati terutamanya Levennia, Dayang, basrin, Faizal, Rina, Amizan, Ryno, Kecik,Fadzil, Aqrie, Khairul, dan banyak lagi. Di Manakah kamu semua terutamanya Hafizan, Ryno, Aqrie...Lama tak jumpa...FB pun tiada....Sesiapa ada Fb Dia orang Sharelah pada kita...
Kelas 4 Iswara tahun 1999

Buat semua kengkawan di S.M Teknik Likas Selamat maju jaya dalam semua bidang yang diceburi.  Segala kenangan bersama  kengkawan masih lagi terpahat dalam minda dan fikiranku.....Sesungguhnya S.M. Teknik Likas Sweet Memori dalam hidup.

Home Sweet Home

08:29 am

23.June 2011


Monday, 20 June 2011

Wahai wanita kau makhluk istimewa

Sesungguhnya wahai kaum wanita seseungguhnya kau adalah wanita yang teristimewa didunia ini. Seperti sabda Rasulullah SAW dalam hadis Riwayat Muslim, "Harta yang paling berharga di dunia adalah wanita yang solehah."
Di dalam dunia yang serba fana ini kebanyakan manusia menisbahkan kemulian wanita pada kecantikan semata-mata. Ada juga yang menisbahkan kemuliaan mereka pada kekayaan, dan tidak kurang juga pada keturunan.Tetapi ini semua adalah penilaian oleh insan yang buta mata hatinya. Hal ini kerana, sesungguhnya kemuliaan semua makhluk Allah SWT adalah terletak pada tahap ketaqwaan kepada Allah SWT.
Wahai wanita kau adalah makhluk Allah yang amat istimewa. Kemuliaan dan keruntuhan sesuatu bangsa terletak di tangan wanita, walaupun mereka diselubungi kelemahan kerana teriakan mereka mampu merubah segalanya. Melalui tanggungjawab mereka jalankan dengan baik akan menentukan segalanya baik. Jika sebagai anak, dia perlu menjadi anak yang solehah. Manakala sebagai isteri, dia menjadi isteri yang menyenangkan dan menenangkan hati suaminya dan jika sebagai ibu pula, dia akan mendidik anaknya dengan penuh kasih dan sayang.
Dalam Islam wanita amat dihormati dan dihargai peranannya. Sebagaimana eratnya hubungan siang dan malam yang saling melengkapi, begitu juga lelaki dan wanita diciptakan untuk saling melengkapi.
Setiap lelaki dan wanita memiliki tugas-tugas dan kewajipan-kewajipan yang berlainan, sesuai dengan fitrah masing-masing. Namun, matlamat hidup setiap lelaki dan wanita adalah sama, iaitu mencari keredhaan Allah SWT.
Nilai wanita bukan terletak pada pakaiannya yang menonjol, berhias diri untuk memperlihatkan kecantikannya, tetapi hakikatnya ialah pada kesopanan, rasa malu dan keterbatasan dalam pergaulan.
Wanita solehah itu adalah wanita yang tegar menjaga maruah serta apa yang lahir dari dirinya, dari hujung rambut hingga hujung kaki, termasuklah wajahnya, suaranya, senyum tawanya, jalannya, tulisannya hatta namanya sekalipun.

Wanita hiasan dunia
Seindah hiasan adalah wanita solehah
Yang akan membahagiakan
Syurga di dalam rumah tangga

Hanya itu yang kuinginkan
Dari insan yang amat kusayang
Damaikanlah resah hatiku
Aku rindu kasih dan sayangmu
Terimalah seadanya
Akulah hiasan pelamin hidupmu











*Kerana Kau Wanita Aku Menyanjung dan Menghormati dirimu...

Sumber : Diubahsuaikan dari www.iluvislam.com 
Home Sweet Home
05:28 am
Pagi subuh yang indah 21.06.2011




Wednesday, 15 June 2011

Lunar Eclipse – Gerhana Bulan 16/06/2011

Gerhana Bulan terjadi apabila bumi berada diantara matahari dan bulan. Bulan akan melalui fasa dari cerah kepada gelap sikit demi sedikit. Fenomena gerhana penuh berlaku bila matahari, bumi dan bulan pada keadaan selari dan bulan gelap sepenuhnya. 

Pada awal pagi 16 Jun 2011 nanti, penduduk di Malaysia berpeluang menyaksikan Gerhana Bulan Penuh sekali lagi. Ia akan bermula dari jam 1.22 pagi, yang mana ketika itu, Bulan baru sahaja memasuki kawasan bayang-bayang penumbra. Kemudian ia akan memasuki kawasan bayang-bayang umbra pada jam 2.22 pagi. 
 
Fasa Gerhana Penuh secara rasminya akan bermula pada jam 3.21 pagi sehinggalah 5.02 pagi. Kemuncak gerhana ialah pada jam 4.12 pagi.
 
Yang menarik gerhana kali ini ialah laluan Bulan agak hampir dengan garisan tengah bayang-bayang umbra.
 
Berikut adalah data gerhana yang dikira menerusi perisian Skymap Pro untuk waktu tempatan Malaysia.
 
Moon enters penumbra: 2011 Jun 16  01:22:52
Moon enters umbra: 2011 Jun 16  02:22:24
Start of totality: 2011 Jun 16  03:21:57
Maximum eclipse: 2011 Jun 16  04:12:24
End of totality: 2011 Jun 16  05:02:50
Moon leaves umbra: 2011 Jun 16  06:02:22
Moon leaves penumbra: 2011 Jun 16  07:02:02
 
Umbral magnitude: 1.705
Penumbral magnitude: 2.712
 
Duration of total phase: 1h 40m 52s
Duration of umbral phase: 3h 39m 58s
Duration of penumbral phase: 5h 39m 10s
 .


 Gerhana Bulan yang telah berlaku semalam



Gambar-gambar gerhana bulan pada 16/06/2011

Monday, 13 June 2011

Boleh bah kalau kau


Boleh Bah Kalau Kau

Engkau wanita yang ku cintai
Tiada dua hanya kau saja
Selama ini kau ku damba katakan saja apa yang kau pinta

Boleh bah kalau kau apa saja kau mahu
Boleh bah kalau kau ada kerja ku tangguh
Boleh bah kalau kau apa apa kau dulu
Boleh bah kalau kau susah senang ku sanggup
Boleh bah kalau kau kau kata apa saja kau mahu kau ku dulukan

Selepas bercinta kau ku nikahi
Ku doa bahagia untuk selamanya
Hanya kau saja yang ku cinta ku sedia segala agar
kau bahagia

Boleh bah kalau kau apa saja kau mahu
Boleh bah kalau kau ada kerja ku tangguh
Boleh bah kalau kau apa apa kau dulu
Boleh bah kalau kau susah senang ku sanggup
Boleh bah kalau kau kata apa saja kau mahu kau ku dulukan

Ku ucapkan terima kasih kepada dirimu oh kasih
Kerana diri ku ini yang kau pilih



*Dalam Kereta perjalanan balik ke Sabah..

Home Sweet Home
8:40 am
14:06:2011

CiNtA

Jika kita mencintai seseorang, kita akan sentiasa mendoakannya walaupun dia tidak berada disisi kita. 
Jangan sesekali mengucapkan selamat tinggal jika kamu masih mahu mencuba. 
Jangan sesekali menyerah jika kamu masih merasa sanggup.
Jangan sesekali mengatakan kamu tidak mencintainya lagi jika kamu masih tidak dapat melupakannya.
Perasaan cinta itu dimulai dari mata, sedangkan rasa suka dimulai dari telinga.Jadi jika kamu mahu berhenti menyukai seseorang, cukup dengan menutup telinga. 
Tapi apabila kamu cuba menutup matamu dari orang yang kamu cintai, cinta itu berubah menjadi titisan air mata dan terus tinggal dihatimu dalam jarak waktu yang cukup lama. 
Cinta datang kepada orang yang masih mempunyai harapan walaupun mereka telah dikecewakan.
Kepada mereka yang masih percaya, walaupun mereka telah dikhianati. 
Kepada mereka yang masih ingin mencintai, walaupun mereka telah disakiti sebelumnya dan kepada mereka yang mempunyai keberanian dan keyakinan untuk membangunkan kembali kepercayaan. 



Derita Tanpamu

Dari matamu ada cahaya indah
Bidadari bermain di fikiran
Haruskah terima pertemuan tak pasti
Atau hanya ilusi dan mimpi ngeri
Kesendiri sepi mengharap kau kembali
Bidadari yang ingin ku temui
Inikah balasan kesetiaan hati ku
Atau sememangnya permainan hidup mu
Ku tidak menduga kasih palsu
Kau tinggalkan aku sepi tanpamu
Kini ku derita kerana mu
Mengenangkan dirimu
Waktu dulu bersamaku
Ku derita kerana mu
Ku tanpa hala tuju
Inikah suratan ku begitu
Kau pergi tanpa pesan
Kau aku kehilangan
Haruskah aku menggapai mu
Kembali bersamaku

Friday, 10 June 2011

KAwaN-kaWAn BuKan NAk CarI LaWAn---BluEs UnTUk AKu

Kawan - Kawan
Kenapa Mau Lawan
Kitakan Kawan
Dulu Sama - Sama
Kongsi Teh Secawan

Kawan - Kawan
Kenapa Mau Lawan
Orang Lain Maju Kedepan
Orang Kita Cari Jalan
Jatuhkan Kawan

Kawan - Kawan
Kenapa Mau Lawan
Kan Ke Cukup Rezeki Tuhan
Buat Kita Ramai - Ramai Makan

Kawan - Kawan
Bukan Nak Cari Lawan
Sekadar Nak Ingatkan Teman
Hati - Hati Dengan Gunting Dalam Lipatan

Kawan - Kawan
Kita Sama - Sama Cari Makan
Bila Fikir Masa Depan
Jangan Tabur Pasir Dalam Periuk Kawan

Kawan - Kawan
Cuba Dikaji Orang Tua Pesan
Kawan Jadi Lawan
Lawan Jadi Kawan

Sahabat yang setia bagai pewangi yang mengharumkan. Sahabat sejati menjadi pendorong impian. Sahabat berhati mulia membawa kita ke jalan Allah.

Sahabat sejati dan setia adalah lebih bernilai dari semua emas di dunia ini.

Terlalu mudah mencari sahabat yang boleh ketawa dengan kita tetapi terlalu susah mendapat sahabat yang boleh menangis bersama kita.

Semiskin-miskin orang ialah orang 
yang kekurangan adab dan budi pekerti – Hamka

*masa balik kerja*
*7800129*
*Forum Remaja*

11.06.2011
Home Sweet Home
7.00 am